Tuesday, October 20, 2009

Pelakon Dayana Kamal Meninggal Dunia


*Petikan gambar dari Berita Harian*

Kelmarin,korang ada baca paper Metro pasal kemalangan dekat Gua Musang,Kelantan tak?Kalau korang tak baca lagi,bole baca kat sini.

Tapi apa yang lebih mendukacitakan,kemalangan maut tu membabitkan seorang pelakon yang mungkin "kureng" popular la kot dikalangan pelakon kat Malaysia ni iaitu Allahyarham Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman atau dikenali sebagai Dayana Kamal.

Dayana yang juga bekas isteri kepada vokalis kumpulan The Times,Natazar Mohamad pernah membintangan beberapa buah drama antaranya Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku, Selamat Tinggal Noni,dan juga drama TV3 Matahari.Dia juga pernah memegang watak di dalam filem Black Maria.


Dalam kejadian tu,Dayana bersama 2 lagi rakannya mati rentung dan seorang selamat.Dengar citer,kemalangan tu terjadi disebabkan mereka ingin mengelak kucing melintas jalan sebelum terbabas.

"Apa yang lebih menyentuh hati saya, beberapa hari sebelum kejadian itu, dia memberitahu niatnya untuk mendalami al-Quran dengan mencari guru agama bagi membantu mengajarnya,"

"Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin, Proton Persona yang dinaiki Wan Noor Diana dan tiga sahabatnya terbabas sebelum terbakar dan meletup".

"Dua lagi yang rentung dikenali Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dan warga Amerika Syarikat, Christopher Gonzalez, 25, manakala pemandu kenderaan itu, Tengku Ahmad Nazim Tengku Ibrahim, 30, terselamat".Itu antara petikan didalam akhbar Berita Harian hari ini.


Ketika Allahyarham pernah menjadi isteri kepada Natazar,mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dayang Fatiha Amanda, yang kini berusia empat tahun.

P/s : DaripadaNya kita datang,kepadaNya kita pergi..Jom sama2 kita sedekahkah Al-Fatihah buat arwah.Amin!

2 comments:

  1. OMG , aku tataw plak dia ni ex wife nazar The Times . yg aku tahu bini dia yg skrg . hehe . btw takziah kpd keluarga beliau

    ReplyDelete
  2. aku pun baru tau ni..ehe..

    sama2 sedekah al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete