Sunday, April 25, 2010

Otak Kiri Dan Kanan

Perbezaan teori fungsi otak kanan dan otak kiri telah popular sejak tahun 1960. Seorang penyelidik iaitu Roger Sperry menemui bahawa otak manusia terdiri dari 2 hemisfer (bahagian).

Otak kanan dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeza.Atas jasanya ini beliau mendapat hadiah Novel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemui ketika otak kanan sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya.

Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna.Daya ingatan otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi.



Otak kiri pula berfungsi dalam hal perbezaan,angka,urutan,tulisan, bahasa, perhitungan dan logika.Daya ingatan otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerosakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi bercakap, berbahasa dan matematik.

3 comments: